Live Economic Calendar Powered by Investing.com - The Leading Financial Portal

Jumat, 01 April 2011

TAARUF

Firman Allah berbunyi;
Wahai manusia!sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
(al-Hujurat:13).

Taaruf adalah satu konsep perkenalan yang diajar dan dituntut perlaksanannya didalam agama islam. Sebagaimana yang kita ketahui mengenai konsep ini juga selari dengan mana-mana konsep yang melibatkan 2 belah pihak yang baru berjumpa yang ingin memulakan perbualan. Dalam Islam kebiasaanya,lafaz salam digunakan di awal perbualan dan dituruti dengan pertanyaan soalan-soalan ringkas mengenai peribadi kedua-dua belah pihak itu. taaruf di dalam Islam boleh digambarkan dengan begitu simbolik sekali. Ini adalah kerana, taaruf itu sendiri telah memainkan banyak peranan yang penting dalam menjalinkan perhubungan sesama manusia. Lebih-lebih lagi jika, perhubungan yang dijalinkan itu sedia untuk diikat dengan ikatan ukhuwwah ataupun ikatan pernikahan.

Ikatan Ukhuwwah peranannya amat penting dalam menyebarkan fikrah islam ke seluruh pelusuk dunia. Dengan bermulanya taaruf dan terbinanya ukhuwaah,dan kesannya ikatan mahabbah terlahir di kalangan jemaah dan akhirnya dapat membentuk sebuah jemaah yang kuat dan teratur susunannya. Seperti yang dinyatakan di dalam Alquran di dalam surah Al-Hujurat yang berbunyi “Sesungguhnya umat islam itu adalah bersaudara” Jadinya amat jelas disini bahawa, ikatan yang dibina atas dasar iman bukan sahaja mampu menjadikan umat islam hebat malah kedudukannya dihormati di seluruh dunia. Dengan adanya ikatan persaudaraan seperti ini, pastinya Umat Islam bukan sahaja dihormati malah ianya juga digeruni oleh pihak-pihak musuh yang amat membencikan islam.

Jadi tidak berlakulah penindasan umat islam di bumi Palestin, umat islam di Afhagnistan dan Pakistan pula tidak mudah dilaga-lagakan,umat islam Di selatan thai juga tidak mudah dikotak-katikkan oleh pihak pemerintah dan pastinya umat Islam di seluruh Dunia tidak mudah dilemparkan dengan tohmahan Pengganas.

Mungkin sebelum ini, Perkataan taaruf jarang sekali meniti di bibir-bibir mulut masyarakat dan konsepnya agak jauh pula dilihat taaruf itu sebagai suatu langkah permulaan sebelum mendirikan rumahtangga. Dan hal itu selalu bermain-main dikalangan aktivis dakwah. Yang Jelasnya, taaruf memberi gambaran yang bahawa positif bilamana masyarakat memandang ianya adalah suatu kelebihan jika diamalkan dan suatu kerugian jika ditinggalkan.

Perkatan “berkenalan” sama ertinya dengan perkataan “taaruf” tapi yang bezanya, taaruf itu dipetik dari perkataan arab yang menggunakan konsep islam sepenuhnya dan berkenalan itu mengamalkan konsep kemelayuan. Tak salah jika kita masih menerima perkataan berkenalan dalam kehidupan hari ini tapi biarlah asasnya selari dengan konsep yang dimainkan oleh perkataan taaruf yang kiranya sudah dibincangkan dengan terperinci dengan huraian yang diatas tadi.

Tidak ada komentar: